Thursday, November 10, 2011

Dari Balconi

.. di balkoni malam ini.. angin tidak seperti biasa, lebih sayup dari biasa.. bintang bintang diganti pantulan cahaya satelit dan lampu kelip burung besi, barangkali tidur di peluk hujan aku malam ini.
Pandangan ku ketika ini dilaut kan oleh cahaya neon dan bumbung bumbung teres satu tingkat. Nah.. ini dia kolumpo, semakin degil isi nya, semakin kaya isi nya, kini kolumpo lebih maju dari dulu.. Jalan raya semakin dihujani kereta kereta mewah, yang dulu nya hanya singapura bergambar begini.. Kotak kotak batu semakin banyak di lereng lereng bukit, pelbagai warna, pelbagai corak serancak si metropolitan. Kesesakan itu biasa. Pagi.. Petang hinggalah ke malam. Sungai tar masih berairkan kenderaan.
Ini semakin nyata.. dan ini tempat pilihan ku.. Entah kenapa.. Belum punya aku jawapan yang tepat...

bersambung..

No comments:

Post a Comment